Solat

Definisi

Definisi solat terbahagi kepada dua:

1) Menurut bahasa
- Doa
2) Menurut Syara'
- Beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam, menurut syarat tertentu.


Jenis Solat

Allah mewajibkan kita bersolat 5 waktu:

  1. Maghrib - 3 rakaat
  2. Isya' - 4 rakaat
  3. Subuh - 2 rakaat
  4. Zohor - 4 rakaat
  5. Asar - 4 rakaat
Dalil :

1) Penerangan Solat
Surah Ar Rum Ayat 17-18

Maka mengucapkanlah kesucian bagi Allah (bertasbih) ketika kamu berada diwaktu petang dan ketika kamu berada diwaktu pagi. Dan bagiNyalah segala puji-pujian di semua langit dan dibumi dikala kamu berada dimalam hari dan ketika kamu berada di waktu Zuhur.
2) Kewajipan Solat
Surah An-Nisa Ayat 77

Dirikanlah oleh kamu akan solat...
Akibat Meninggalkan Solat
1) Kafir

Menurut Syeikh Omar Al-Khatib, dalam kitab Panduan Ilmu Fiqh(halaman 4):

Oleh kerana dahlil tentang wajibnya sembahyang begitu jelas sekali daripada al-Quran dan hadith, maka barangsiapa yang mengingkarinya, kafirlah ia.

2) Hukuman Bunuh
Orang yang meninggalkan solat, dianggap murtad jika sudah tahu kewajipannya.

Tetapi, harus diingatkan, mengikut pemahaman pembaca, jatuhnya sesuatu hukum bergantung kepada Allah SWT. Dan, kemungkinan, jatuhnya "dianggap murtad" itu sekiranya seseorang meninggalkan sembahyang kerana enggan sahaja,misalnya malas.

Dia diberi masa 3 hari untuk bertaubat dan dirikan solat. Setelah tempoh itu, jika tidak dirikan solat, sekalipun 1 solat, wajib membunuhnya dengan hukuman HAD.

Tetapi, wajib dimandikan dan diuruskan jenazahnya seperti orang ISLAM.


Kebaikan Solat

1)Menghapuskan perbuatan keji dan mungkar
2) Menghapuskan dan menggugurkan dosanya